Sunday, 7 July 2013

Berubah untuk menjadi INSAN yang lebih baik

ASSALAMMUALAIKUM ,

Mungkin sesetengah insan akan memberi statement yang negative kepada seorang insan yang mahu berubah untuk jadi lebih baik secara drastic. Dikatakan dahulu tidak mengambil berat tentang agama islam mahupun tidak ada keinginan untuk mendirikan solat. Bukan begitu , maybe sesetengah keluarga mahupun orang terdekat tidak memberi pendekatan tentang ajaran agama islam dari kecil lagi , atau seseorang itu tidak berminat untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Janganlah kita memberi tomahan yang boleh mematahkan semangat kepada seseorang yang mahu berubah ke jalan Allah. Bercakap baik lah dengan sesama muslim sekiranya mahu menegur seseorang itu. Tidakkah anda tahu sekiranya kita memberi nasihat ataupun tunjuk ajar kepada seseorang itu akan mendapat pahala yang senantiasa mahu dimiliki orang setiap insan ?

Jadi patuh lah kepada Perintah Allah.
Seperti yang dikatakan oleh seseorang insan yang pernah mea kenal , kita dijadikan bukan sebagai pekerja Allah , bukan buruh , bukan sebagai majikan seluruh alam , tetapi kita hanya seorang HAMBA ALLAH yang kerdil.
:)

Mea bukanlah seorang insan yang pandai dalam segala bab didunia ini , tetapi hanya lah seorang insan yang mampu menadah tangan memohon keampunan kepada Allah tentang apa yang telah mea lakukan secara sedar atau pun tidak sedar.

Sekiranya mea telah melakukan kesalahan ataupun kesilapan , minta dimaafkan seandainya tiada hari esok buat hamba Allah yang kerdil dan tidak tahu apa tentang ajaranNya. Minta halalkan apa yang kurang dan lebih. Halalkan ilmu yang sedang mengalir.

Wassalam





No comments:

Post a Comment